
Mencerminkan semangat pengasasan Kumpulan Inventec, kami menjadikan "Inovasi, Kualiti, Keterbukaan, Dinamik" sebagai falsafah teras dalam menjalankan urusniaga.
- Inovasi adalah faktor pertumbuhan. Inovasi yang bernilai tinggi akan memastikan urusniaga kami dikekalkan dalam jangka masa panjang.
- Kualiti merupakan nadi operasi kami. Kami akan melaksanakan pengurusan kualiti untuk menjamin janji kami terhadap kepuasan pelanggan berterusan dalam teras urusniaga kami.
- Keterbukaan merupakan sikap yang dimiliki oleh kesemua kakitangan kami, ia untuk memastikan mereka dapat memperbaiki diri dan kemahiran profesional mereka.
- Dinamik adalah prinsip kepada semua pekerja. Kerja haruslah berorientasikan hasil dan dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan objektif-objektif dapat dicapai.
Inventec Besta telah ditubuhkan di Taipei pada tahun 1989. Sebagai sebuah anak syarikat bebas Kumpulan Inventec, Inventec Besta bertanggungjawab untuk menguruskan dan memasarkan jenama Besta yang dimiliki oleh Kumpulan Inventec.
Dalam masa satu dasawarsa, fokus jualan dan pasaran kamus elektronik Besta yang mensasarkan kepada pelajar pelbagai bahasa di seluruh dunia telah mencapai sasaran yang amat cemerlang dan sekaligus meletakkan jenama Besta sebagai kamus elektronik yang terbaik di pasaran.
Pada tahun 1999, sejajar dengan proses penstrukturan semula kumpulan korporat, Inventec Besta telah bergabung dengan Inventec References System Division, Lin Kou Factory dan Inventec (Xi'an) Company. Gabungan sedemikian mewujudkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, dan sumber pemasaran. Kerjasama ini sekaligus membawa kami ke dunia baru perniagaan.
DaaDi mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan. Bagaikan menepati makna pepatah tersebut, daya usaha yang gigih dan cekal merupakan batu tanda akan kemahuan kami untuk berjaya dalam bidang yang penuh risiko ini. Bagi mencapai kejayaan pasaran global, terutama di Hong Kong dan China, pada tahun 2000, kami menjana rangkaian penghubung dengan melabur di dalam Besta Technology (HK) Co., Ltd. dan Besta Technology (China) Co., Ltd. setelah mendapat perolehan Golden Atom Holding Ltd.. Sekaligus, pelaburan ini akan membantu kemajuan penyediaan asas untuk menyokong jualan serta menjadi rangkaian penghubung kepada masyarakat Cina di seluruh dunia. |