- Produk yang inovasi dan kreatif; melancarkan produk dan perkhidmatan terbaik dari semasa ke semasa
- Kualiti terbaik; kesinambungan fokus yang tegas terhadap prestasi kualiti dan pengurusan.
- Kepuasan pengguna; menemui keperluan pengguna dan mencapai apa yang mereka mahukan.
Kami cuba mencari jalan supaya hubungan antara kami dan pengguna tidak mengalami jurang yang ketara. Maka, kami telah menggariskan lima sistem kualiti bersepadu untuk memastikan kualiti sentiasa di tahap yang cemerlang. Antaranya, sistem perakuan pembangunan perisian, sistem jaminan kualiti reka bentuk, sistem pengesahan komponen, sistem pemeriksaan kualiti pengeluaran, dan sistem pengurusan khidmat pelanggan. Kelima-lima sistem kualiti utama ini untuk memastikan kesemua produk yang dikeluarkan di dalam garis panduan kualiti yang tegas dapat memenuhi kepuasan pengguna. Jaminan sistem kualiti kami telah diiktiraf di bawah ISO 9001.
Salah satu fokus utama kami adalah memperbaiki reka bentuk komponen dan produk bagi meningkatkan mutu kebolehpercayaan produk kami. Sistem ujian kebolehpercayaan kami yang rapi, memastikan produk kami akan jauh mengatasi pesaing-pesaing kami dengan mengeluarkan produk yang mempunyai jangka hayat yang tahan lama dan tahan lasak.
 |
Dalam pengeluaran dan sistem perkhidmatan, kami mengekalkan kawalan kualiti yang tegas terutama untuk penyaringan subkontraktor, pengiktirafan komponen, pemeriksaan material masuk, penyeliaan subkontraktor, ujian dan contoh bahagian pengeluaran, penghantaran produk terakhir, dan khidmat selepas jualan. Kami juga menggunakan pelekat haba SMD dan TAB yang mutakhir dan teknologi ujian automatik serta pemeriksaan. Kesemua ini dilakukan untuk mencapai tahap kekemasan kawalan kualiti. Hasilnya, ia memantulkan daya kepimpinan kami dan jenama kami dalam produk dan perkhidmatan yang pada masa ini tidak asing lagi di pasaran. Pendek kata segala kekurangan dan kelebihan kami akan dianalisis semula bagi memastikan hasil yang dikeluarkan tidak sekadar indah khabar dari rupa, elok paras dari wajah. Oleh yang demikian, nama jenama kami tersenarai sebagai jenama yang paling popular di pasaran.
|